JOM IKUT MEREKA!!

Thursday, 7 July 2011

H.O.D?

salam...
penat..penat dan penat.keje bakal bertambah dari sehari ke sehari tanggungjawab makin besar untuk memikul amanah...dah tentunya amanah dalam pekerjaan juga kan...

entri kat atas tu tau tak apa maknanya? bagi sesiapa yang biasa dengar mungkin tahu kot..pada sape yang x familiar  nanti aku citer..bukan HOOD,bukan HOODIE BLOUSE(sedang tunggu siap jahit nak berhoodie plak pasni)ehh melencong kau...

tapi H.O.D stands for head of department...fuhh head of department tu mak jemahhhhh haaa semputttttt....
kerja di situ memang menuntut tanggungjawab yang besar,jiwa kene besar, hati kene tahan pressure cara pressure di situ adalah cara ber 'hikmah' ye bukan main TINDAS MENINDAS! kenapa aku kata hikmah? hikmah means bijaksana dalam ertikata yang sebenar akal mesti bijak untuk menangani pressure yang mendatang macam taufan...budaya di situ mengamalkan budaya korporat dalam ertikata yang sebenarnya..

kerja mesti perfect,S.O.P mesti ada untuk setiap task, flow kerja yang teratur mesti di pergunakan sebaiknya. semuanya mesti 'koporat' lah bak citenye....baik dari keje sampailah penampilan diri...emm memangla sebelum ni pun masa aku keje dulu memang kene buat semua tu but since i moved to lumut jarang dah aku buat semua tu for example ber mekap tebal & pakai kasut tumit..tapi kat sini argghhh seksa mak jemahh haaaa kene pakai high heels n mekap 8 jam..the reason is, student yg belajar di ajar untuk semua2 tu malu la kan kalau staff muka sememeh pastu g opis pakai sandal jalan2..jadi among staff & student kenela ada competition yang baguskan...contoh sebenarnya..tapi xdela aku mekap macam nak pegi dinner cukupla eyeliner,lipstick n blusher tu je pun..mekap2 pun muka tu jugak....

ok balik pada tajuk asal (bukan nak cite pasal mekap ye) hari ni dengan tak semena-mena atau mungkin kepercayaan dari CEO aku dan beberapa orang opismate telah di lantik sebagai H.O.D ni untuk beberapa faculty yang ada. Lantikan ini belum secara rasmi lagi cuma dalam meeting antara CEO & H.O.D2 yang ada dan bakal di announcekan minggu hadapan didepan semua staff. Secara naturalnya, makin besarlah tanggungjawab yang tergalas di bahu aku selepas ni dan makin banyaklah cabaran-cabaran yang bakal datang. Alhamdulillah aku syukur dengan hikmah ini, walaupun berjauhan tetapi Allah kurniakan hikmah yang aku tak nampak sebelum ni.

Walaupun akan ada orang cakap2 belakang tentang aku, hanya aku dan suami sahaja yang tahu situasi sebenar sebab dan alasan aku di sini.tak perlu aku war2kan pada semua orang bukan semua org yang berjauhan lebih pentingkan wang dari tanggungjawab walaupun itu mentaliti orang lain yang bercakap macam aku kata tadi "tutup mulut & senyum" ...aku tetap ingat pesan haji jangan dengar orang ckp apa2 yg buruk tentang jarak ini, anggap ini ibadat yang dituntut untuk dilakukan dengan ikhlas(aku takkan lupa).

P/S : tak habis lagi ke dok perli2 / mengata2 / meng'announce'2 / mewar2kan tentang 'kesiannya' perhubungan jarak jauh ni..? ingat..kita tak tahu apa akan jadi masa datang ye..mungkin apa yang kita cakapkan tu akan kene pada kita balik...renung2kan & selamat beramal...(*_*)

No comments:

Post a Comment

happiness makes blossom!