JOM IKUT MEREKA!!

Showing posts with label kerja baru. Show all posts
Showing posts with label kerja baru. Show all posts

Wednesday, 24 August 2011

~wordless wednesday~

salam....

wordless today...


dapat hamper hari raye dari bos...ngeee


dapat 2 kan??


tempat lain x rase...ade??

Thursday, 7 July 2011

H.O.D?

salam...
penat..penat dan penat.keje bakal bertambah dari sehari ke sehari tanggungjawab makin besar untuk memikul amanah...dah tentunya amanah dalam pekerjaan juga kan...

entri kat atas tu tau tak apa maknanya? bagi sesiapa yang biasa dengar mungkin tahu kot..pada sape yang x familiar  nanti aku citer..bukan HOOD,bukan HOODIE BLOUSE(sedang tunggu siap jahit nak berhoodie plak pasni)ehh melencong kau...

tapi H.O.D stands for head of department...fuhh head of department tu mak jemahhhhh haaa semputttttt....
kerja di situ memang menuntut tanggungjawab yang besar,jiwa kene besar, hati kene tahan pressure cara pressure di situ adalah cara ber 'hikmah' ye bukan main TINDAS MENINDAS! kenapa aku kata hikmah? hikmah means bijaksana dalam ertikata yang sebenar akal mesti bijak untuk menangani pressure yang mendatang macam taufan...budaya di situ mengamalkan budaya korporat dalam ertikata yang sebenarnya..

kerja mesti perfect,S.O.P mesti ada untuk setiap task, flow kerja yang teratur mesti di pergunakan sebaiknya. semuanya mesti 'koporat' lah bak citenye....baik dari keje sampailah penampilan diri...emm memangla sebelum ni pun masa aku keje dulu memang kene buat semua tu but since i moved to lumut jarang dah aku buat semua tu for example ber mekap tebal & pakai kasut tumit..tapi kat sini argghhh seksa mak jemahh haaaa kene pakai high heels n mekap 8 jam..the reason is, student yg belajar di ajar untuk semua2 tu malu la kan kalau staff muka sememeh pastu g opis pakai sandal jalan2..jadi among staff & student kenela ada competition yang baguskan...contoh sebenarnya..tapi xdela aku mekap macam nak pegi dinner cukupla eyeliner,lipstick n blusher tu je pun..mekap2 pun muka tu jugak....

ok balik pada tajuk asal (bukan nak cite pasal mekap ye) hari ni dengan tak semena-mena atau mungkin kepercayaan dari CEO aku dan beberapa orang opismate telah di lantik sebagai H.O.D ni untuk beberapa faculty yang ada. Lantikan ini belum secara rasmi lagi cuma dalam meeting antara CEO & H.O.D2 yang ada dan bakal di announcekan minggu hadapan didepan semua staff. Secara naturalnya, makin besarlah tanggungjawab yang tergalas di bahu aku selepas ni dan makin banyaklah cabaran-cabaran yang bakal datang. Alhamdulillah aku syukur dengan hikmah ini, walaupun berjauhan tetapi Allah kurniakan hikmah yang aku tak nampak sebelum ni.

Walaupun akan ada orang cakap2 belakang tentang aku, hanya aku dan suami sahaja yang tahu situasi sebenar sebab dan alasan aku di sini.tak perlu aku war2kan pada semua orang bukan semua org yang berjauhan lebih pentingkan wang dari tanggungjawab walaupun itu mentaliti orang lain yang bercakap macam aku kata tadi "tutup mulut & senyum" ...aku tetap ingat pesan haji jangan dengar orang ckp apa2 yg buruk tentang jarak ini, anggap ini ibadat yang dituntut untuk dilakukan dengan ikhlas(aku takkan lupa).

P/S : tak habis lagi ke dok perli2 / mengata2 / meng'announce'2 / mewar2kan tentang 'kesiannya' perhubungan jarak jauh ni..? ingat..kita tak tahu apa akan jadi masa datang ye..mungkin apa yang kita cakapkan tu akan kene pada kita balik...renung2kan & selamat beramal...(*_*)

Wednesday, 6 July 2011

1st and 2nd....

Permulaan hari yang baru untuk minggu yang baru.Namun hari ni adalah hari kedua aku memulakan kerja di tempat baru.(x sempat nak update 1st day)Boleh di katakan baru walaupun aku pernah bekerja di tempat ini sebelum ini dengan environment yang baru, muka-muka yang aku x berapa kenal dan x lupa juga dengan staff2  yang masih ada disini.
Sambutan amat menggalakkan.As 1st day x banyak kerja yang aku buat sebab orang yang akan aku gantikan tempat dia ni belum berenti lagi,so aku just go through apa2 yang patut untuk recall balik keje yang dah lama aku tinggalkan…(dulu pernah buat sikit2 keje ni)
Jangan ditanya apa perasaan aku berjauhan dengan encek suami.Sudah tentu x tergambar dengan kata2 asal teringat je mesti meleleh…huhu. Kekuatan aku hanya mengingatkan jarak ini tidak lama dan kami akan hidup bersama kembali seperti biasa bila tiba tika dan waktunya.(wahai hati bertabahlah ehh ada ke perkataan bertabah?)
Untuk kerja ni aku bakal busy yang teramat.Belum2  lagi aku kene attend kursus induksi  untuk melayakkan diri sebagai PPT.So lepas ni lebih banyak aku kene deal dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran untuk kursus2 kemahiran. Harap-harapnya setiap ibadat aku ini diterima dan diredhai Allah.
Oh ye sebelum lupa, semalam ex-CEO aku masa kat kksm ada ym aku bertanyakan tentang kerja ku dan kami beborak santai. Haji kata makin susah la aku nak mengandung duduk jauh..aku senyum je nak buat camne dah rezeki aku di sini. Pesanan beliau tetap tidak aku lupakan sampai bila2. & insyaallah kalau panjang umur aku nak ke johor dan singgah ke rumah beliau bila2 nanti… (*_*)

Saturday, 2 July 2011

PINDAH MEMINDAH

Salam...
hari ni last day aku di Lumut dan esok bakal balik ke kampung halaman dan Isnin bersamaan 4 Julai 2011 aku akan start keje di tempat lama aku.

So hari ni dalam takde2 mood nak mengemas, siap juga akhirnya aku mengemas. Kuatkan hati je mengemas kalau di layan perasaan sangat boleh jadi gile kuasa!! ehh belum lagi aku penah jadi gile kuasa kat mana2 tempat keje...o.k takde kene mengena..

Cerita pasal kemas mengemas ni dalam diam tak diam ber beg-beg jugala barang aku..bajet aku akan guna satu beg besar je..rupanya haa kau 1,2,3,4,5, buah beg aku guna..sampai la encek syuri menegur "aii! yang takkan nak bawak semua baju?" "Eh! xdela sikitla ni baju ayang.." padahal jenuh mikir nak bawak turun dengan lif ni camne?

Karang kalau aku bawak turun siang-siang camni jiran-jiran dok tengok macam nak pindah selama-lamanya la pulak.Eh couple tu de masalah rumahtangga ke? eh nape dok angkut baju bini dia je semua? eh kenapa bini dia nak balik kampung ke?eh kenapa tu?kenapa ni? banyak soalan la pulak...tu belum lagi jumpa encek syuri berjalan sorang-sorang plak pasni..eh mana makcik kau?eh bini kau takde kat sini ke? haa pandai2lah encek menjawab ye..sudah balik cite puan isteri plak.

jadinya dah cuba mengurangkan isi-isi beg pun macam tu jugak...huhu aku pun tak tahu apa yang aku bawak. nak kata angkut semua baju banyak lagi baju aku tinggal sini..apa yang aku bawak hanyalah..

1.baju kurung
2.tudung
3.baju tshrit 3 helai
4.seluar track 2 helai
5.toiletries 1 beg penuh
6.kasut kerja 1 beg plastik
7.barang kerja 1 beg
8.alat2 make-up 1 beg kecik
9.Handbag2 aku (nampak mcm bnyk beno handbag nye)

haa tu jela barang2 yg aku bawak...muat ke puan viva tah..seb baek balik 2 keta 1 keta hubby 1 keta aku so xdela penuh sgt puan viva nanti..bole tumpang encek syuri punya keta.. pape pun layan je lah gambor sebelum dan selepas mengemas barang-barang aku.tengok sendiri rupa orang yang beria-ia nak pindah..

sebelum mengemas sepah semua....

selepas mengemas haa amek ber beg-beg

happiness makes blossom!