Salam..
lately aku susah hati...bukan susah hati tak kerja
tapi susah hati kerja mengejar aku...(ececeh macam laku jaa) kahkahkah
Apa yang aku nak cerita ni adalah berkenaan tawaran yang aku dapat ni..
Pertama sekali aku ucapkan syukur Alhamdulillah sebab rezeki yang Allah beri pada aku
walaupun aku dah berenti keje masih ada lagi rezeki kerja yang menanti aku
(haaa mulut sape macam longkang kata kalau aku berenti keje takde sape nak amik aku keje
tu meh sini aku cabai mulut tu..konon takde sape nak bagi aku keje lagi..kau tu Tuhan ke??? tengok
dulu rupa kau tu..mulut jangan celupar kang susah nak ****** baru padan muka)
Bagi aku rezeki Allah tu tetap luas seluas langit dan bumi mana-mana pun ada rezeki cuma
usaha tu kene lebih lagi...
Aku tak sangka sepanjang dari lepas aku graduate tahun 2003 sampai la 2011 ni , 8 tahun pengalaman aku dalam pelbagai bidang pekerjaan. Bermula lepas fresh grad di saat rakan2 aku yang lain masih mencari2 kerja aku dapat tawaran bekerja sebagai kerani di Ansell Shah Alam itulah kerja pertama ku walaupun kontrak. Usaha aku yang menghantar resume melalui iklan paper utusan membuahkan hasil apabila aku di panggil interview.Aku berjaya walaupun jawatan bukan pegawai, aku terima dek kerana pengalaman yang berharga.
Tamat kontrak aku ditawarkan untuk mengajar subjek Bahasa Arab di sekolah rendah agama di kampung seberang. Walaupun gaji kecil hanya RM400 tapi bagi aku, aku perlukan pengalaman yang luas untuk menjadi pendidik. Lebih kurang 2 tahun aku mengajar, aku mendapat tawaran dari sebuah kolej untuk mengambil Sijil Skim Latihan Graduan selama 1 tahun.
Kalau diikutkan aku dah mengikat kontrak dengan Jabatan Agama Islam Selangor sebagai guru, tapi mengenangkan aku perlu berubah demi masa depan aku sendiri, aku nekad berhenti. Maka bermulalah episod aku belajar kembali dan waktu tu ramai yang freshie berbanding aku boleh dikatakan super2 senior.
Tapi memandangkan niat nak belajar tu, aku seronok bergaul dengan mereka.
Kalau diikutkan skim latihan yang aku ambil ni 6 bulan belajar 6 bulan praktikal.Waktu praktikal aku memohon membuat latihan di JPA tapi sayangnya kene reject.Banyak la dugaan nak memohon tempat praktikal ni..lastly kolej tu sendiri ambil aku utk menjalani latihan di situ sebagai student consultant (lebih kepada marketing) ohh my...marketing la paling aku x suka paling aku benci waktu tu..aku tak tau cmne nak bekerja dalam bidang ni..Alahamdulillah disebabkan niat dan juga tunjuk ajar rakan2 dan ketua aku maka selepas itu ada beberapa orang student yang aku dapat recruit di bawah jagaan aku. Seriously minat aku masa tu bercambah. Seronok melihat hasil kita sendiri.
Cukup 6 bulan, aku tertanya2 apa status aku di situ adakah aku diserap bekerja atau sebaliknya. Aku memberanikan diri waktu itu bertanya kepada bos aku sendiri dan alhamdulillah aku diserap terus bekerja sebagai marketing assistant.Di situ, terlalu banyak pengalaman yang aku kutip dari marketing sampai la aku dinaikkan pangkat sebagai Loan Officer dan waktu itu tak pernah pun aku terfikir nak mencari kerja yang lain. Walaupun tekanan kerja yg banyak tapi aku enjoy..di situ aku belajar berdikari, pergi ptptn, mara nun jauh di kl dengan drive sendiri sampai eksiden..tp aku x pernah mengeluh. Aku salute dengan bos2 aku walaupun mereka berbeza bangsa apa yang aku buat mereka akan hargai..bukan dengan duit tp dengan kata2..setiap selepas selesai task aku,aku akan report pd mereka melalui sms kalau aku outstation jawapan bos2 aku "hudha, you are good" good..good..well done..tak pernah aku dengar mereka mencaci2 aku (terngiang2 sampai sekarang)
Namun,kuasa Allah lebih mengetahui, lepas aku berkahwin aku decide letak jawatan dek kerana nak mengikut suami. Berat..sangat berat sebab aku sayang dengan kerja aku...sampai bos aku pujuk aku..
tapi..aku terpaksa..aku percaya di lumut akan ada rezeki untuk aku.
Alhamdulillah berkat kesabaran aku...aku diterima bekerja di kolej Taj namun agak jauh untuk aku berulang alik dari lumut - Ipoh hari-hari.Bangun seawal 5 pagi sangat2 meletihkan.
Aku cuba2 merisik di tempat yang dekat.Lagi sekali murah rezekiku, aku diterima bekerja di tempat yang lebih dekat. 15 minit dari rumah..Namun tak bertahan lama..Ada sebab yang membuatkan aku melepaskan jawatan ini...
Baru2 ni dengan tak disangka2 kolej pertama aku bekerja ni merisik(cehh macam merisik apa je) aku semula. Bos aku dapat tahu yang aku dah x bekerja jadi nya aku pun mendapat panggilan telefon dari mereka untuk datang interview bekerja di tempat lama semula. Kalau ikutkan aku kene interview hari ni ,Jumaat kul 3 petang tapi tiba2 ada perkara yang tak dapat dielakkan berlaku jadi aku minta postpone.Tapi sekiranya aku diterima bekerja, aku harus korbankan hidup sebumbung dengan suami aku la..kene duduk jauh2 lagi..itu yang aku tak sanggup...sekarang masih postpone dan aku mohon diberikan masa..kalau dah tersurat rezeki aku memang di situ aku terima dengan redha..namun aku berharap ada yang lebih baik di Manjung/ Sitiawan (smlm dapat interview terus kikiki tu nanti aku cerita kat entry yang baru ye)
Haa ni aku nak habaq pada sesapa yang kata aku ni pergi mana2 pun tak bole buat keja hang tengok sendiri masih ada lagi orang yang menghargai cara kerja aku tau!! kau , ada orang nak ambik????takde kan? jangan dok sebuk!
rezeki Tuhan yg tentukan.. bukan dia.. cabai je mulut org tu kak.. meina blh sponser lombok sentit.. kah3
ReplyDelete