salam....
aku terpanggil untuk mereview atau lebih mesra mengkomen tentang novel yang aku baca ni...Entah kenapa benda yang aku tak pernah lakukan selama ni, tapi lepas aku baca novel ni aku rasa pengajaran paling berharga yang pernah aku dapat dari pembacaan cerita ini.
Tajuk nya MENCARI SUAMI @JS.COM. Kalau di lihat pada tajuknya pun dah macam cerita kelakar. Ye tak dinafikan cerita ni memang kelakar. Karya Normaslina Masri seorang penulis yang aku tak berapa kenal berbanding beberapa penulis-penulis termasyhur dan menjadi favourite aku.
Bagi aku karya Normaslina Masri ni lain dari yang lain sebab aku tak pernah terfikir pun ada juga penceritaan sebegini. Yela pada aku novel-novel sekarang lebih banyak yang klise. Novel ni di pegang oleh watak Sofea Saloma seorang wanita yang diberi kata 2 oleh emaknya samada mencari sendiri calon suami ataupun emaknya menerima pinangan dari orang kampungnya.
Maka dari situ bermulalah cerita dari satu episod kepada episod yang lain. Bermula dari beliau meminta pertolongan rakannya untuk membantu menyelesaikan masalah sehinggalah proposal dari rakannya unutk mengiklankan diri sofea sendiri di dalam suratkhabar.Ternyata cara itu berjaya, dan seorang lelaki bernama Aliff yang mempunyai seorang anak perempuan (seorang duda) menghulurkan perkenalannya kepada Sofea dan ingin menyunting beliau menjadi permaisuri hatinya. Namun Aliff meletakkan syarat sekiranya sofea membatalkan perjanjian mereka maka 70% daripada gaji sofea perlu dimasukkan ke dalam akaun anaknya.
Maka dari situ bermulalah segala konflik. Dalam masa yang sama rupanya sofea di sukai oleh 2 orang lelaki yang lain. Dan sebenarnya Aliff adalah bekas kekasih sofea yang telah meninggalkan beliau waktu dahulu untuk berkahwin dengan wanita lain. Dan disebabkan itu sofea sangat-sangat membenci kan Aliff namun beliau tidak boleh berundur kerana janji sudah di ikat. Di pertangahan cerita sesudah sofea berkahwin dengan Aliff (secara terpaksa), sofea masih tidak dapat menerima suaminya walaupun pelbagai cara yang dibuat oleh Aliff untuk memujuk dan melembutkan hati sofea.Sehinggalah Aliff meninggal dunia kerana serangan jantung situasi mereka berdua masih lagi hangat dengan pertelingkahan dan pujuk rayu oleh aliff dan yang paling sedih sofea menyorokkan berita kehamilannya dari pengetahuan Aliff. Sehingga kematian Aliff beliau tidak menceritakan tentang perkara tersebut.
Yang membuatkan aku suka cerita ni adalah, novel ini memberi pengajaran pada aku bahawa walau siapapun suami kita, hormati dirinya, sayangi dirinya dan tanggungjawab seorang isteri tu amatlah besar. Mungkin esok hari, adalah hari yang terakhir kita bersama dengannya sekiranya Malaikat Maut menjemputnya. Tiada apa yang dapat menghidupkan kembali dan untuk memohon kemaafan adalah terlambat.
Membaca novel ini membuatkan aku ketawa, senyum dan juga menangis..Ye aku menangis sebab aku membayangkan sekiranya perkara sebegitu terjadi pada aku, aku tak tahu bagaimana akan aku hadapi hidup ini macam sofea. Kuatkah aku menghadapinya? Pengajaran pada diri aku untuk lebih menghargai orang2 disekeliling kita.
muka depan novel tersebut (credit to: www.jemariseni.com ) |
kalau sape2 nak baca dia punya sinopsis bole pergi sini
ok tata..........
best nmpk jln citernya.. leh cari nnti..:)
ReplyDelete