JOM IKUT MEREKA!!

Friday, 10 June 2011

AMANAH KEHIDUPAN

Manusia dilahirkan untuk mengendong amanah...
buka2 mata je pun membawa amanah iaitu amanah kehidupan 
tak kiralah kecil ataupun besar sebuah amanah tu namun ianya tetap AMANAH
Amanah sebagai khalifah Allah sudah tentu sebab diketahui Adam sendiri sanggup 
membawa amanah Allah walaupun Jin,syaitan dan para Malaikat menolak 
untuk membawa amanah tersebut yakni amanah dalam mempertahankan agama Allah sehingga hari Kiamat..
Namun berapa ramai manusia di dunia ini membawa amanah Allah tersebut..sedangkan Adam telah bersumpah dan berjanji melaksanakannya akan tetapi kita sebagai keturunan Adam adakah telah memenuhi amanah tersebut?

Persoalannya sekarang manusia dikurniakan akal dan fikiran untuk memegang amanah tersebut 
tetapi mengapa sewenang-wenangnya melupakan dan membiarkan ianya berlalu?
banyak contoh yang kita bole lihat antaranya amanah dalam perhubungan, amanah menjaga harta, amanah menjaga rahsia dan sebagai manusia dalam sehari kita tidak pernah lepas dari memegang amanah tersebut...

ya, amanah itu kini berada di depan mata..untuk aku meluahkan secara terangan adalah mustahil kerana masih ada rasa hormat dalam diri...
namun cuba kau lihat dari sinar mata mereka..adakah tidak sedetik pun kau merasai kasih sayang dan amanah yang sepatutnya kau pelihara sehingga akhirat kelak?
kerana merekalah amanah kamu dan merekalah juga yang akan menentukan syurga ataupun neraka tempatmu kelak.......

Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

happiness makes blossom!