JOM IKUT MEREKA!!

Sunday, 2 January 2011

T.A.H.U.N.B.A.R.U

salam.....dah lama tak update blog..lepas bercuti panjang meninggalkan segala yang sesak
emmm..mula membebel balik di tahun baru ni. Tahun 2011 yang aku harapkan lebih memberi sinar dalam kehidupan aku suami isteri..moga dengan tahun ini kehadiran orang baru yang kami nanti-nantikan 2 tahun ini di makbulkan Allah.

Setiap kali tahun baru manusia akan berazam namun azam tu tak semestinya di tahun baru jugak kan...setiap hari pun kita bole berazam...untuk merealisasikan satu azam bukan mudah perlu ada usaha dan kerja keras selebihnya serahkan pada Yang Berkuasa yakni Allah..Hanya Dia yang tahu kebaikan dan keburukan sesuatu perkara tersebut.Kita manusia hanya mampu berdoa dan bertawakkal moga usaha kita tu tak sia-sia

Pada aku, azam aku waktu sekarang ni hanya nak usaha utk dapatkan ZURIAT..lain aku tak pikir pada aku semua sudah memadai dan membahagiakan kehidupan aku sebagai anak, isteri dan pekerja (walaupun kerja macam &*@*&%^$$+! ). Insyaallah dengan kehadiran tahun baru ni azam aku tu akan terlaksana...

WISHLIST AKU 2011

* NAK ANAK -BOBOY AKU BAGI NAMA MUHAMMAD IRHAM RANI WHILE GEGIRL AKU BAGI NAMA NURUL AJMAL RANIA.

*NAIK PANGKAT & NAIK GAJI RIBAN2...(TU PUN KALAU NAIK...EMM)

*DAPATKAN BENTUK BADAN IDAMAN (WAHAHAA TAK PERNAH TERCAPAI PUNN)

*DAPAT BELI RUMAH SENDIRI (DR 2010 DOK PLAN2 NGAN HUBBY)

*ADA MINI LIBRARY KAT UMAH (SIMPAN KOLEKSI NOVEL AKU)

*DAPAT KUMPUL DUIT BANYAK2 

*SETTLEKAN PTPTN

*TAKNAK BERHUTANG LAGI 

*GEMBIRAKAN ORG TERSAYANG TAKNAK SUSAHKAN ORG TERSAYANG

setakat ni tu jela yang aku terlintas mungkin wishlist aku tu akan berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada pencapaian diri aku dan juga bergantung kepada ketidakperluan sesuatu tu dalam hidup aku...namun wish yang terakhir tu sentiasa menjadi keazaman dalam diri aku setiap masa.............................

No comments:

Post a Comment

happiness makes blossom!