JOM IKUT MEREKA!!

Friday, 8 June 2012

MULA MEMBEBEL :)

Assalamualaikum readers..(eh ada ke?)

hari ni rasa nak bercakap banyak2 sangat setelah lama mulut ni mendiamkan diri walaupun...hahah tapi sempena hari Jumaat yang mulia ni dan since saya pun dah lama tak post sesuatu di sini saya nak cakap sesuatu yang baik2 saja..sangat memberi positif thinking untuk saya yang kadang2 rasa down merudum jatuh macam kapal terbang terhempas...tapi still sematkan dalam hati...itu ujian..ujian..ujian...bila baca sesuatu ini dari blog seseorang saya pinjamkan tazkirah beliau untuk tatapan saya dan juga readers.

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. 

1. Maksiat itu adalah sebahagian daripada kekuatan syaitan dan mereka yang suka & sering berbuat maksiat tanpa taubat akan menjadi pengikut setianya.

2. Iman itu pada Roh, Amal itu pada hati, Islam itu pada Jiwa dan Ehsan itu pada diri.

3. Maksiat menjauhkan kita daripara Ilmu Akhirat dan jalan ke Syurga tetapi mendekatkan kita dengan ilmu dunia dan jalan ke Neraka

4. Kehidupan ummah akan hancur lebur bila ekonomi dan kebanggaan dunia menjadi jurang perbandingan kehidupan sesama manusia.

5. Sebaik-baik amal dan perbuatan adalah dengan menjaga syariat kehidupan dan syiar agama itu sendiri kerana ianya lepas dari segala macam fitnah kehidupan.

6. Sebaik-baik meminta kepada Allah adalah HIDAYAH (diri, keluarga dan keturunan), KEAMPUNAN, dipermudahkan rezeki serta mati dalam IMAN.

7. Pesan orang arifbillah, ruangkan masa sehari semalam dalam seminggu bagi beriktikaf di masjid kerana itu adalah pembuka kepada pelajaran Iman dan Ilmu yang pertama.

8. Kata orang arifbillah, gagal sesuatu amal itu adalah kerana perasaan sendiri yang mencengkam hati dan nurani hingga hilang pertimbangan aqal dan qalbu.

9. Maksiat itu boleh menggelapkan hati, jiwa dan raut wajah dari cahaya Iman dan menghalang (bertangguh) dari segera bertaubat.

10. Selesaikan sesuatu masalah itu dengan cara mencari puncanya bukan mencari masalahnya.

11. Tiada yang lebih perit dan pahit yang dirasai oleh hati dan jiwa melainkan kemaksiatan yang berterusan malah maksiat itu adalah raja bagi nafsu ammarah.

12. Keberkatan rezeki itu disertai dengan ketenangan jiwa dan kelapangan nurani walaupun ianya sedikit tetapi mencukupi.

13. Fikir Agama itu lebih baik dari ibadat sunnat 1000 tahun. Mereka yang berbijak berfikir adalah yang sering memikirkan tentang mati.

14. Berbuatlah sesuatu perkara itu dengan penuh fikir dan zikir kerana kerana ia akan disertakan dengan kesabaran andai dilakukan dengan penuh syukur.

15. Beramal yang sedikit dengan istiqamah (tetap) itu adalah lebih baik daripada beramal yang banyak tetapi sekali sekala bila ada masa yang terluang sahaja.

credit to: resipi rahsiaku

No comments:

Post a Comment

happiness makes blossom!