JOM IKUT MEREKA!!

Sunday, 24 July 2011

Perasaan apakah itu??

Salam...hari ni aku dapat satu mesej di fb dari kawan se-uia dulu...tiada apa-apa yang di perkatakan cuma beliau memberikan 1 link ke blog seorang hamba Allah ni..mula-mula aku baca mungkin sudah link yang terbaru jadi aku eager nak tahu apa punca sebenar kisah itu aku search dan search dari saat mula terjadinya kisah itu.. AllahuAkbar! sungguh aku tak sanggup nak membaca kisah yang seterusnya...
Ya Allah sekiranya perkara ini terjadi pada aku dan suami mampukah aku mengalaminya dan menghadapinya??Sungguh besar ujian yang kau turunkan pada mereka berdua.Tiba-tiba aku teringat kisah ini pernah terjadi kepada kawan kepada encek suami..Sedikit sebanyak cerita memang serupa bezanya pasangan ini telah agak lama mendirikan rumahtangga sedangkan cerita yang aku baca ni beliau baru setahun mendirikan rumahtangga dan yang paling menyedihkan 2 hari selepas anniversary mereka yang pertama isteri nya menjalani pembedahan..
Mungkin pembaca tertanya-tanya apa yang cuba untuk aku sampaikan..Ya ini kisah yang jarang kita lihat dan dengar.Kisah tentang kasihnya seorang suami, kasihnya seorang ayah, kisah pengorbanan seorang kekasih hati terhadap isteri yang di sahkan menghadapi brain tumor malahan sang isteri baru sahaja melahirkan seorang bayi lelaki yang comel dan masih dalam pantang untuk menghadapi  ujian maha hebat dari Allah.
Betapa pengorbanan seorang suami yang aku lihat sangat menyentuh hati ini..mengalir air mata tanpa sedar bila aku membaca kisah mereka..ye kisah Talib & Norma kisah mereka menghimpun seribu kedukaan dan juga seribu kepayahan untuk menghadapi dugaan. Namun demi anak mereka, aku rasa Norma mencuba sedaya upaya untuk melawan semua kesakitan yang di hadapinya.
Aku tidak pernah kenal mereka,dan kisah mereka adalah kisah picisan berbanding kisah2 yang ada di mana-mana.Namun sebagai saudara sesama Islam aku merasa terpanggil untuk menghebahkan kepada sesiapa yang membaca blog aku ni untuk sama-sama merasai dan mungkin ada yang boleh membantu mereka mungkin bukan dari segi kewangan akan tetapi semangat yang boleh di salurkan kepada Norma.Ketahuilah wahai Norma, saya amat bersimpati dengan kamu.
Sesungguhnya kisah kamu sangat mengingatkan saya kepada kisah saya setahun yang lalu ketika saya terlantar di wad akibat lung infection yang teruk. Encek suami yang menjaga saya sebelum di masukkan ke wad siang dan malam, menukarkan dan membasuhkan p** saya waktu itu, memandikan dan membersihkan bahan buangan saya.Saya amat tidak larat untuk bangun sendiri apatahlagi untuk berjalan..Semuanya encek suami yang buatkan untuk saya.Saya tidak lalu makan, beliau juga yang membuatkan bubur untuk saya dan beliau yang memakaikan saya baju...sambil menangis2 beliau memberikan semangat untuk saya terus bertahan..AllahuAkbar! banyaknya jasamu padaku sayangku...waaa x bole nak menaip...sobssss... :'(
Mungkin kisah saya kecil berbanding kisah Norma bezanya Alhamdulillah saya sihat dan Norma masih lagi berperang dengan kesakitannya.Harap beliau sangat tabah dan kuatkan semangat.
Cuma persamaannya antara aku dan Norma kami berdua sangat bertuah di kurniakan para-para suami yang sanggup berkorban menjaga kami ketika terlantar kesakitan.Itu yang tak mungkin aku lupakan sampai bila-bila...Terima kasih kekasihku....

1 comment:

  1. akakkkkkkkkk
    naper emo-emo ni.....
    kena eppy slaloo.... mizz u la akak

    ReplyDelete

happiness makes blossom!