JOM IKUT MEREKA!!

Saturday 2 July 2011

PINDAH MEMINDAH

Salam...
hari ni last day aku di Lumut dan esok bakal balik ke kampung halaman dan Isnin bersamaan 4 Julai 2011 aku akan start keje di tempat lama aku.

So hari ni dalam takde2 mood nak mengemas, siap juga akhirnya aku mengemas. Kuatkan hati je mengemas kalau di layan perasaan sangat boleh jadi gile kuasa!! ehh belum lagi aku penah jadi gile kuasa kat mana2 tempat keje...o.k takde kene mengena..

Cerita pasal kemas mengemas ni dalam diam tak diam ber beg-beg jugala barang aku..bajet aku akan guna satu beg besar je..rupanya haa kau 1,2,3,4,5, buah beg aku guna..sampai la encek syuri menegur "aii! yang takkan nak bawak semua baju?" "Eh! xdela sikitla ni baju ayang.." padahal jenuh mikir nak bawak turun dengan lif ni camne?

Karang kalau aku bawak turun siang-siang camni jiran-jiran dok tengok macam nak pindah selama-lamanya la pulak.Eh couple tu de masalah rumahtangga ke? eh nape dok angkut baju bini dia je semua? eh kenapa bini dia nak balik kampung ke?eh kenapa tu?kenapa ni? banyak soalan la pulak...tu belum lagi jumpa encek syuri berjalan sorang-sorang plak pasni..eh mana makcik kau?eh bini kau takde kat sini ke? haa pandai2lah encek menjawab ye..sudah balik cite puan isteri plak.

jadinya dah cuba mengurangkan isi-isi beg pun macam tu jugak...huhu aku pun tak tahu apa yang aku bawak. nak kata angkut semua baju banyak lagi baju aku tinggal sini..apa yang aku bawak hanyalah..

1.baju kurung
2.tudung
3.baju tshrit 3 helai
4.seluar track 2 helai
5.toiletries 1 beg penuh
6.kasut kerja 1 beg plastik
7.barang kerja 1 beg
8.alat2 make-up 1 beg kecik
9.Handbag2 aku (nampak mcm bnyk beno handbag nye)

haa tu jela barang2 yg aku bawak...muat ke puan viva tah..seb baek balik 2 keta 1 keta hubby 1 keta aku so xdela penuh sgt puan viva nanti..bole tumpang encek syuri punya keta.. pape pun layan je lah gambor sebelum dan selepas mengemas barang-barang aku.tengok sendiri rupa orang yang beria-ia nak pindah..

sebelum mengemas sepah semua....

selepas mengemas haa amek ber beg-beg

1 comment:

  1. wah... sedeykan nak tinggalkan lumut.. akk boleh lah jumpe tiap2 minggu.. mcm meina sebulan sekali je boleh bermalam kat luar.. lain waktu boleh kuar weekend je.. tahniah n gud luck utk job baru yer

    ReplyDelete

happiness makes blossom!