JOM IKUT MEREKA!!

Tuesday 28 June 2011

TANGISAN

Salam...
agak emo tajuk kali ni...
Luahan perasaan yang aku sendiri tak sanggup untuk melaluinya...
Lately, dah 3 malam berturut-turut sebelum pejamkan mata, aku akan menangis...
Menangis kerana kesedihan yang amat dalam...
Menangis kerana bakal meninggalkan semua yang ada di lumut...

Namun tangisan malam tadi, adalah paling kuat yang aku keluarkan..
Mulanya aku janji pada diri aku yang aku taknak menangis malam tadi..
Namun, aku gatal-gatal pergi menanya soalan yang tak sepatutnya aku tanya pada hubby aku..
Soalannya berbunyi begini:

"Abang tak sedih ke ayang nak tinggalkan abang?"
"Sedihla, sape plak kata tak sedih?" Jawab hubby.
"Habis tu, abang tak nangis pun ayang nak pegi?"
"Abang nangis time sorang-sorang je, orang tak nampak."
"Masa bila plak abang sorang-sorang?"Aku bertanya.
"Masa dalam kereta, masa abang duduk sorang-sorang"
"Abang nangis sebab apa?cer abg cakap abg nangis sebab apa?"Aku tak puas hati
"Dahla abang nak tido, krohh..krohh.." Dia buat lawak.
Setelah di desak berkali-kali. Akhirnya dia cakap :

"Ayang nak tau abang nangis sebab apa,ok pandang muka abang"Aku pun pandang.
"Muka tu jangan sengih-sengih, serius sikit.." aku pun tahan sengih dan buat muka serius
sambil bersedia tunggu dia nak cakap apa.

Terus dia keluarkan suara dia dan menyanyikan aku lagu ni...........................
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

(kalau nak dengar bole pause dulu lagu yg keluar ye)


Dan-dan tu jugak aku terus menangis teresak-esak bila dengar bait-bait lagu tu....
Yang sedihnya lama-kelamaan pun dia turut menangis sama dengan aku...
Aku sedih..sedih yang teramat sangat..aku cakap macam-macam pada dia
Aku taknak tinggalkan dia, aku taknak dia sorang-sorang, aku taknak bila dia balik keje aku takde
Aku taknak dia makan sorang-sorang..sumpah aku taknak dia keseorangan...
Dia pujuk aku dengan mengatakan kami boleh berjumpa hujung minggu..
Aku cakap aku nak jumpa dia hari-hari..takde seminitpun aku taknak dia xde dari pandangan mata aku..
Dia pujuk-pujuk aku supaya diam..

Aku tak tahu sampai bila akan berlanjutan begini...
Ya Allah aku hanya hamba-Mu yang lemah
Berilah petunjuk pada hamba-Mu ini........

2 comments:

  1. sedihnya.. pakcik volley bz je 2 minggu nih.. xde masa pun nak spent dgn kiter....

    ReplyDelete
  2. sabarla meina..
    kita kena sabar mungkin ini dh ditakdirkan utk kita berdua... T.T

    ReplyDelete

happiness makes blossom!