JOM IKUT MEREKA!!

Sunday 26 June 2011

Cabaran Baru

Salam...
Alhamdulillah masih diberikan rezeki  & nikmat yang tidak terhingga oleh Allah s.w.t. Ok entry sebelum ni, aku pernah cerita yang aku telah dipanggil oleh bos lama untuk bekerja semula di tempat dia. Ye, aku akan bekerja semula di College MCS setelah 3 tahun ku tinggalkan tempat ini untuk mencari rezeki di tempat lain.

Mengapa aku kembali semula ke tempat itu? Kenapa aku perlu jauh dari suami aku? Kenapa aku bersusah payah untuk menjarakkan lagi perhubungan ini? kenapa aku tak cuba menunggu peluang yang lebih dekat? Kenapa itu, kenapa ini, dan kenapa..kenapa...??? persoalan ini yang berlegar2 di kepala aku sekarang dan mungkin juga pertanyaan-pertanyaan ini bermain-main di fikiran rakan-rakan aku juga...

Aku ada jawapan tersendiri kenapa aku memilih untuk hidup sebegini..Sedangkan hakikatnya mampukah aku melalui semua ini? Tidak..itu jawapannya. Namun aku nekad demi mencari rezeki yang halal dan niat untuk membantu menaikkan lagi taraf di mana kolej itu berada sekarang insyaallah akan aku kerja sungguh-sungguh. Walaupun ketika ini,terdetik perasaan sayu untuk meninggalkan segalanya yang ada di Lumut termasuklah katil, tilam, sofa, tv, oven, microwave, peti ais, arnab peliharaan, ampai baju, jiran aku yang paling best, kawan gosip, teman2 fb, wife2 navy dan yang sewaktu dengannya. Tentu juga mereka semua ini akan teramat merindui aku kan?

Aku janji, aku pergi tak lama dan aku akan kembali semula ke sini.Tiap2 minggu kami akan bergilir2 berjumpa, minggu ni mungkin hubby balik ke batu laut, minggu depan turn aku plak ke lumut. tengoklah macammana kalau kami x sibuk. Aku kuatkan hati dengan memikirkan ramai juga rakan-rakan aku yang hidup sebegitu insyaallah doa2 yang terbaik sahaja. Aku kene kuat jangan ciwek (kuat nangis) walaupun bila sebut je nak tinggalkan semua yang ada terus cebik-cebikkan muka mengalir la airmata emo...

Aku nekad untuk kuat pun sebab aku fikir, teman aku pun Puan meina marlina pun akan meninggalkan orang yang tersayang lagilah jauh jaraknya jika nak dibandingkan dengan aku. Jadinya, aku tanamkan dalam hati masa ini tidak lama, dan tiap2 minggu pun kami boleh berjumpa.(ayat nak sedapkan hati je)

Since mak n abah pun macam happy sangat bila aku nak dok balik kat kampung.Yelah kat umah takde sesapa dah,sebelum ni aku yang dok temankan diorang masa aku bujang2 dulu. Adik beradik yang lain ada kehidupan sendiri. Lepas interview hari tu, macam2 pesanan hubby pada aku suruh jaga mak n abah, kalau diorang sakit aku boleh tolong tengok2kan, tolong bayarkan bil air & letrik, macam-macam la pesanan dia..huhu buat aku lagi sayu.Lagi2 mengenangkan, puasa dah nak dekat. Sape nak masakkan juadah berbuka dan sahur untuk hubby...arrgghhhhh!! emooooooo.....

2 comments:

  1. yer Pn. Meina Marlina disini..
    yelah kak sedih nak tinggalkan hubby sorang2.. dah nak dekat puasa ni.. mesti beliau tak bangun sahur.. mmg selalu pun dia malas bangun, tp meina yg dok paksa sahur jugak.. huhu.. sedih.. tp klu keje kat sini pun ditakuk lama jer.. xde peningkatan, bos pun baik "hati sgt"

    ReplyDelete
  2. yup absolutely right puan meina..huhu tengah emo gile2 ni..nak tido je nanges..mata pun bengkak semacam....hhuhu

    ReplyDelete

happiness makes blossom!